Isu Panas

Azmin menghadap Sultan Selangor isu PR

SHAH ALAM – Pertemuan tertutup antara Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan membangkitkan spekulasi mengenai isu nasib dan masa depan kemelut PR yang bertelagah ketika ini.

Pertemuan dua jam selepas istiadat pengurniaan watikah pelantikan hakim syariah itu menimbulkan tanda tanya wakil media.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan pertemuan tertutup berkenaan, bagaimanapun tidak mengiakan butir perbincangan yang berkisar pergolakan PR.

“Saya tak tahu butir perbincangan antara menteri besar dan tuanku, mungkin sekadar perjumpaan rutin mingguan.

“Tuanku tidak pula beritahu saya butir perbincangan baginda dengan Azmin dalam tempoh dua jam itu,” katanya.

Memandangkan Selangor turut dihimpit krisis pentadbiran DAP dan Pas, tidak mustahil pertemuan berkenaan membincangkan hala tuju dan jalan terbaik dinasihatkan Sultan Selangor kepada menteri besar.

Minggu lalu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli memberitahu, beliau difahamkan Mohamed Azmin akan memberi penjelasan kepada sultan berkaitan isu pembubaran PR dalam masa terdekat.

Dalam pada itu kata Rafizi, PKR telah menghubungi wakil DAP, Selangor dan Pas dan kedua-dua parti sudah mengesahkan sokongan terhadap menteri besar itu.

Kelmarin, Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad turut berkata, tiga Ecxo Pas sudah diarahkan meneruskan tanggungjawab dan tidak akan memulau DAP.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");