Perak Hari Ini

Azroy Diburu Polis

TAPAH: Polis Tapah sedang giat mengesan suspek bernama Azroy untuk membantu siasatan kes samun di sebuah kedai telefon bimbit di Pekan Sungkai 17 Mei lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw , suspek yang dikenali sebagai Raja Ahamad Azroy Shah Raja Ahmad Tajuddin Shah, 21,terlibat dalam kes tersebut bersama dua lagi rakannya.

Tambahnya lagi, suspek berkenaan telah bertindak memasuki  sebuah kedai telefon bimbit dan mengacukan pisau ke leher salah seorang pekerja premis tersebut sekitar jam 1 petang.

“Ketiga-tiga suspek yang tidak memakai topeng muka mengambil barangan di dalam kedai itu sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Proton Exora berwarna hitam, katanya lagi.

Tambahnya lagi, hasil siasatan pihak Polis, suspek iaitu Azroy telah dikenal pasti salah seorang daripada suspek berkenaan melalui kamera litar tertutup (CCTV) dan mangsa di tempat kejadian juga telah mengesahkannya daripada album penjenayah.

“Berdasarkan siasatan, Azroy turut mempunyai dua rekod jenayah kesalahan lampau di bawah Seksyen 379 dan 457 Kanun Keseksaan, tegas beliau.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek boleh berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Inspektor La Paula Abd Muis atau Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah IPD Tapah, Asisten Superintendan Md Nasri Fadzir menerusi talian 05-4015222 atau SMS rakan Cop 32728 atau Balai Polis berhampiran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");