Sukan Hari Ini

Bacina tidak salahkan pemain

Johor Bharu: Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim II (JDT II) Nenad Bacina menerima keputusan seri 2-2 dengan KL DRB-Hicom pada aksi Liga Perdana malam kelmarin dengan hati terbuka dan beliau enggan menyalahkan mana-mana pemainnya walaupun terlepas peluang untuk mengumpul tiga mata.

Pengendali Croatia yang mengambil alih tugas Goran Paulic itu menyifatkan nasib tidak menyebelahi pasukannya walaupun menguasai perlawanan dan berjaya mencipta dua gol sebelum lawan bangkit menyamakan kedudukan.

“Saya tidak salahkan pemain kerana mereka melepaskan dua gol kepada pihak lawan dan kita terlepas peluang mengutip tiga mata di tempat sendiri.

“Pemain saya kecewa tetapi saya mahu mereka lupakan keputusan itu dan menyifatkan ia sebagai asam garam dalam permainan bola sepak malah ia tidak perlu diingat lagi.

“Bukan mudah beraksi dalam tempoh tiga hari. Pemain perlu masa untuk kembali cergas apatah lagi kami bermain di bulan puasa dan mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian di padang,” katanya.

Bacina turut melahirkan rasa terkilan selepas pengadil perlawanan, Sani Tari tidak melayangkan kad merah kepada kapten KL DRB-Hicom Godwin Antwi Birgo yang melakukan terjahan keras terhadap Leandro Velazquez.

Tindakan pemain import KL DRB-Hicom itu menyebabkan Velazquez tidak dapat meneruskan perlawanan dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-70.

“Pengadil sepatutnya melindungi pemain dan tidak membiarkan mana-mana individu menjadi mangsa terjahan keras seperti itu.

“Ketiadaan Leandro menyebabkan corak permainan JDT II tempang dan kami gagal menguasai posisi tengah,” kata Bacina.
– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");