Berita Hari Ini

‘Bagai ada tangan gergasi yang menggoncang katil’ – warga Sabah

MEMBAKUT: Rutin pagi seorang surirumah dan usahawan sambilan yang sedang bercuti di kampungnya dekat Membakut, kira-kira 68 kilometer dari Kota Kinabalu, menjadi gempar apabila merasakan gegaran kuat pada pagi tadi.

Yusnilah Yunus, 36, menceritakan bahawa pada kira-kira jam 7.15 pagi tadi, seluruh rumah keluarganya bergegar.

“Bagai ada tangan gergasi yang goncang katil saya pagi tadi. Semuanya bergegar dan kali ini terasa sangat kuat,” katanya.

Ketika itu katanya, barangan di dalam rumahnya banyak yang jatuh dari kedudukan asal sementara halaman rumahnya turut menyaksikan beberapa pokok tanaman terbongkar keluar dari tanah.

Menurut Yusnilah yang bermastautin di Kuala Lumpur dan baru pulang ke Membakut sempena cuti sekolah, dia hanya menyedari gegaran itu diakibatkan gempa bumi selepas lebih 30 saat ia dirasakan.

Namun, untuk lebih memastikan keadaan itu, dia sempat memuat naik status di Facebook berkaitan pengalamannya itu lantas disahkan oleh beberapa kenalannya di Sabah.

“Gegaran kali ini lebih kuat daripada pengalaman yang saya rasai sekitar tahun 90-an dulu. Saya betul-betul berdebar dan takut,” katanya.

Yusnilah turut menerima banyak foto yang dikirimkan oleh pakciknya, antaranya memaparkan imej jalan raya laluan Ranau ke Kota Kinabalu yang merekah teruk akibat gelinciran tanah.

“Mujur ahli keluarga semuanya selamat. Walau bagaimanapun kami masih ada rasa cemas dan trauma sedikit,” ujarnya.

Dalam gegaran yang dialaminya hampir seminit lamanya itu, Yusnilah dan ahli keluarganya bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi sedikit pening.

-Astro Awani

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");