Jenayah

Banduan larikan diri ditembak mati

MALONE – AMERIKA SYARIKAT . Pihak berkuasa New York menembak mati salah seorang daripada dua banduan yang melarikan diri daripada sebuah penjara keselamatan maksimum di bandar raya itu, tiga minggu lalu.

Gabenor New York, Andrew Coumo berkata, Richard Matt, 49, ditembak mati di hutan berhampiran Malone, sebuah bandar berhampiran sempadan Kanada kira-kira 50 kilometer (km) dari penjara.

Sementara itu, David Sweat, 35, masih bebas dengan pihak polis meneruskan pencarian di kawasan sekitar rakannya ditembak.

“Kami tidak mahu sesiapapun kehilangan nyawa mereka. Tetapi saya mahu mengingatkan kepada orang ramai bahawa Richard Matt adalah seorang pembunuh yang melarikan diri dari penjara negeri,” kata Coumo.

Pasangan itu melarikan diri dari Kemudahan Masyarakat Clinton di Dannemora pada 6 Jun lalu.
Sebelum melarikan diri, Matt sedang menjalani hukuman penjara 25 tahun atas kesalahan membunuh majikannya.

Manakala, Sweat pula menjalani hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh timbalan sheriff. – Reuters

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");