Panasnya Hari Ini

BR1M Tidak Akan Ditukar Kepada Bentuk Pelaburan

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dengan satu bentuk pelaburan atas nama penerima BR1M.

Kenyataan tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong dalam Persidangan Dewan Negara hari ini

Memetik sumber daripada Bernama, Datuk Chua Tee Yong menjelaskan bahawa pemberian BR1M adalah bantuan jangka pendek dan bermatlamat membantu rakyat berpendapatan rendah untuk mengimbangi kenaikan kos sara hidup.

“Bantuan ini diberi secara menyeluruh kepada semua yang layak tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang politik. Kriteria BR1M juga bukanlah berdasarkan paras kemiskinan sebaliknya bertujuan memberi subsidi kepada golongan sasar,” katanya semasa menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong.

Tambahnya lagi,  Bank Dunia dan International Monetary Fund (IMF) juga berpendirian bahawa pemberian subsidi secara terus seperti BR1M adalah lebih bermanfaat berbanding subsidi berbentuk ‘blanket’, yang melibatkan semua orang termasuk golongan berpendapatan tinggi.

“Dulu kerajaan mempunyai subsidi ‘blanket’ di mana subsidi ini tidak sasar, maka ia menjadi isu kerana ada yang kaya menikmati lebih banyak subsidi.

“Jadi tujuan kita bukanlah pemberian semata-mata kepada kategori miskin tetapi melibatkan kategori yang perlu ditolong,” katanya dalam laporan itu lagi.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");