Jenayah

Buruh dijel 5 tahun miliki besi tajam

KOTA BHARU – Padah kerana memiliki besi tajam dan pisau tanpa maksud sah, seorang buruh dijel lima tahun oleh mahkamah sesyen, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas tertuduh, Mohd Zaki Awang @ Yahya dari Kampung Hutan Buloh, Melor, di sini, mengaku salah.

Dia didakwa memiliki besi yang hujungnya ditajamkan dan satu bilah pisau, pada jam 2.45 petang, 5 Mei lalu.

Pada prosiding itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan, namun Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nordarlina Ali memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan diri tertuduh.

Hukuman diarah berkuat kuasa daripada tarikh tertuduh ditahan. Tertuduh juga dihukum penjara 18 bulan kerana kesalahan mencuri motosikal. Hukuman berkuat kuasa serentak.

Dalam perkembangan lain, seorang lagi lelaki, Mohd Hafizi Ibrahim, 32, mengaku tidak salah memiliki sabit berhulu kayu di tepi Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, pada 30 Mei lalu.

Susulan penafian itu, pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan untuk pengurusan kes dan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh. Kes ditetapkan sebutan semula pada 27 Julai depan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");