Berita Hari Ini

Cabaran besar tangani ketaksaksamaan ekonomi

KUALA LUMPUR- Negara berdepan cabaran besar pada tahun-tahun mendatang dalam menangani ketaksaksamaan ekonomi yang wujud dalam pelbagai aspek.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cabaran yang bakal dihadapi itu jauh lebih rumit berbanding menstruktur semula masyarakat pada 1970-an.

“Antara ketaksaksamaan itu termasuk intra etnik, inter etnik, perjawatan korporat, jurang antara bandar dan luar bandar serta antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Dengan arus liberalisasi ekonomi dan pasaran terbuka, sudah pasti ia menjadi antara halangan utama kerajaan dalam melaksanakan sebarang tindakan afirmatif untuk membantu golongan yang terpinggir termasuk kaum Melayu dan Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan dalam Sidang Kemuncak Ekonomi Melayu 2015 anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu di sini hari ini.

– Utusan Malaysia

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");