Berita Hari Ini

Cadangan kenaikan gaji Indonesia terlalu tinggi

KUALA LUMPUR – Cadangan Indonesia untuk menaikkan gaji pembantu domestik kepada RM1,200 adalah terlalu tinggi berbanding kadar gaji minimum yang ditetapkan di Malaysia iaitu RM900, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Beliau berkata kerajaan Malaysia telah memohon kepada kerajaan Indonesia untuk mengemukakan justifikasi lengkap secara bertulis mengenai cadangan itu, namun masih belum menerima sebarang maklum balas.

“Kerajaan akan mengadakan sesi perbincangan bersama pertubuhan majikan, kesatuan sekerja dan agensi-agensi pekerjaan di Malaysia mengenai cadangan ini sebelum sebarang pertimbangan dan hala tuju pelaksanaannya (cadangan menaikkan gaji) ditentukan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya cadangan menaikkan gaji pekerja domestik Indonesia daripada RM700 kepada RM1,200 telah dikemukakan kerajaan negara itu pada mesyuarat kumpulan kerja bersama antara Malaysia dan Indonesia berhubung Protokol Pindaan Memorandum Persefahaman Mengenai Perkhidmatan Domestik Indonesia di Putrajaya pada 13 Mei lepas.

Kerajaan Indonesia berpendapat cadangan itu akan menjadikan perkhidmatan domestik di Malaysia lebih kompetitif dan mampu bersaing dengan gaji yang ditawarkan oleh negara-negara lain.

Selain itu, katanya ia juga akan menarik minat lebih ramai pembantu domestik dari Indonesia untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pekerjaan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");