Panasnya Hari Ini

“Cara yang diguna Mat Sabu tidak betul” – PAS Selangor

KUALA LUMPUR: Kritikan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilakukannya secara terbuka dianggap tidak bersesuaian dan juga tidak beradab oleh PAS Selangor.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, kritikan boleh dinyatakan dengan menggunakan saluran yang betul.

“Cara yang diguna Mat Sabu tidak betul. Kita ada platform muktamar.

“Sesiapa yang tidak puas hati dengan kepimpinan boleh kritik,”tegasnya.

Katanya lagi, kritikan terbuka yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS itu bukanlah cara PAS dan akan memburukkan lagi keadaan.

“Bukan cara PAS membuat kritikan secara terbuka tidak akan membantu bagi menyelesaikan isu yang dibangkitkan.

“Ia sebaliknya akan mengeruhkan lagi keadaan,”katanya menurut laporan dari Sinar Harian.

Beliau mengulas tentang tindakan Mohamad Sabu yang mengkritik Abdul Hadi seperti yang dilaporkan semalam.

Khairuddin turut berkata, kenyataan yang berbentuk kritikan terhadap Abdul Hadi seolah-olah memberi gambaran bahawa kedua-dua pemimpin itu tidak serasi dan ianya membuka peluang kepada pihak luar untuk memecahbelahkan hubungan kedua-dua pemimpin PAS itu.

“Saya minta beliau, termasuklah pihak lain menghentikan segera tindakan mengkritik dan menyerang kepimpinan tertinggi secara terbuka kerana ia akan menambahkan lagi masalah.

“Harap pimpinan yang ada sekarang tidak lagi menimbulkan isu ini kerana PAS dari dulu sehingga kini tidak pernah mengajar ahli atau pemimpinnya membuat kritikan secara terbuka,”tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");