Jenayah

Cermin kereta dipecah, peniaga rugi RM7,000

CHUKAI – Seorang peniaga kerugian lebih RM7,000 apabila cermin kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya dipecahkan pencuri yang kemudian melarikan beg galas berisi wang tunai itu yang diletakkan dalam MPV berkenaan, kelmarin.

Kejadian berlaku ketika mangsa berusia 37 tahun itu singgah di Kampung Tempurung kerana mempunyai urusan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normansah Din berkata, lebih kurang jam 12.49 tengah hari, mangsa meninggalkan Proton Exora
miliknya itu di hadapan sebuah kedai makan dalam keadaan berkunci selama setengah jam.

“Setelah kembali semula ke kenderaannya, mangsa terkejut apabila mendapati cermin pintu hadapan sebelah kiri (tempat duduk pemandu hadapan) pecah dan kaca berselerakan.

“Mangsa kemudian memeriksa ruang dalam kereta dan mendapati beg galasnya yang berwarna hitam dan mengandungi tunai RM7,000 hilang dilarikan pencuri,”
katanya.

Menurut Normansah, suspek dipercayai memecahkan cermin kenderaan mangsa antara jam 12.50 tengah hari hingga 1.20 petang.

Justeru katanya, polis kini giat mengesan suspek untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, yang memperuntukkan
hukuman penjara tujuh tahun, denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak meninggalkan wang serta barang berharga di dalam kereta bagi mengekang kes pecah cermin kereta yang turut dilaporkan berlaku di pekarangan masjid.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");