Sukan Hari Ini

Chelsea bukan idaman Falcao

PENYERANG Manchester United, Radamel Falcao menegaskan, Chelsea bukan kelab yang diidam-idamkannya.

Falcao berkata, jika diberi pilihan, beliau lebih berminat untuk beraksi di Anfield di bawah bimbingan Brendan Rodgers berbanding Chelsea, musim depan.

Ujar Falcao, beliau mahu kekal di England, dan Liverpool tampak menjadi pilihan yang ideal bagi pemain berusia 29 tahun itu untuk kembali bangkit mendapatkan sentuhan pemusnah.

Falcao yang kini dipinjamkan kepada Manchester United gagal menyerlah sepanjang musim ini apabila sekadar menjaringkan empat gol daripada 23 penampilan.

Falcao juga jarang menjadi pilihan Louis Van Gaal untuk diletak dalam kesebelasan utama, selain bergelut mendapatkan sentuhan pemusnahnya seperti mana yang dilakukan di Atletico Madrid.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");