Sukan Hari Ini

Chong Wei mudah ke pusingan ketiga

JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan ketiga Grand Prix Terbuka Kanada selepas menyingkirkan Shi Yuqi dari China pada pusingan kedua, semalam.

Chong Wei, 33, yang masih segar dengan gelaran juara Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat, Ahad lalu, hanya mengambil masa 33 minit untuk menundukkan Shi Yuqi, 21-14, 21-15.

Bekas pemain nombor satu dunia itu akan menentang pilihan kelima dari Hong Kong, Wong Wing Ki Vincent selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat, Sattawat Pongnairat, 21-7, 21-15.

“Chong Wei beraksi dengan cemerlang dan konsisten. Tiada masalah untuk dia memenangi perlawanan itu.

“Apa pun, dia perlu fokus satu persatu perlawanan terlebih dulu kerana setiap perlawanan selepas ini pasti lebih sukar,” kata jurulatih perseorangan, Hendrawan.

Sementara itu, beregu lelaki negara, Hoon Thien How-Lim Khim Wah turut mara ke pusingan kedua dengan menyingkirkan pasangan Taiwan, Yu Lin Chia-Wu Hsiao Lin, 9-21, 21-13, 21-14.

Pusingan kedua hari ini, beregu profesional itu akan berdepan pilihan ketiga dari Jerman, Michael Fuchs-Johannes Schoettler yang menundukkan beregu Hong Kong, Chab Alan Yun Lung-Lee Chin Hei Reginald.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");