Sukan Hari Ini

Christiano Ronaldo Mahu Kekal Di Real Madrid

CHRISTIANO Ronaldo dilapor telah memberitahu Real Madrid bahawa dia ingin kekal di kelab itu untuk musim depan, dedah jurulatih baru skuad tersebut, Rafael Benitez.

Benitez berkata, perkara itu telah diberitahu oleh Ronaldo selepas dia dilantik menjadi pengurus kelab berkenaan dua minggu lalu.

Ronaldo yang berjaya menjaringkan hatrik ketika membantu Portugal menentang Armenia pada Sabtu sebelum ini mendapat tekanan daripada Presiden Real Madrid, Florentino Perez.

Kontrak pemain bola sepak paling kaya di dunia itu bersama Real akan tamat pada 2018 dan berikutan Paris Saint-Germain (PSG) ingin memburunya pada jendela pemindahan pemain musim ini.

Selain itu, Benitez juga dilaporkan mahu Gareth Bale kekal di Real Madrid untuk membantu pasukan itu memburu kejuaraan pada musim depan.-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");