Sukan Hari Ini

Conti, Nurridzuan antara calon bulan Jun PFAM

PERSATUAN Pemain-pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dengan kerjasama All Sports Images and News Agency (asiana.my) menganjurkan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my sebagai satu pengiktirafan kepada pemain bola sepak profesional.

Bagi Jun 2015, lima calon telah dipilih jawatankuasa pencalonan anugerah tersebut.

Antara calonnya adalah pemain PDRM, Dramane Traore, Matias Conti dan Razman Roslan (Pahang) serta Namkung Woong dan Nurridzuan Abu Hassan dari Perak.

“Semoga anugerah ini dapat menjadi pembakar semangat kepada pemain untuk lebih bersungguh-sungguh dalam meningkatkan prestasi mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail

Undian akan dibuat melalui laman web rasmi PFAM iaitu www.pfam.my mulai semalam hingga 8 Julai depan.

Nurridzuan (tengah) disenarai pendek calon Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");