Sukan Hari Ini

Copa America: Neymar nafi caci pengadil

SANTIAGO: Kapten Brazil, Neymar menafikan mencaci pengadil selepas dibuang padang ketika pasukannya bertemu Colombia pada minggu lalu, dan menyifatkan ia insiden bercampur aduk.

Pemain itu dikenakan hukuman penggantungan empat perlawanan selepas saingan peringkat kumpulan minggu lalu itu. Persekutuan Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) dalam kenyataannya berkata, Neymar dikenakan hukuman berat itu berikutan menarik tangan pengadil dan mencacinya ketika berada dalam terowong menuju bilik persalinan.

Namun Neymar menjelaskan, dia hanya menunggu dalam terowong berkenaan untuk bertanyakan pengadil punca dia buang padang dan mendakwa kekecohan bermula selepas orang ramai menyangkakan dia akan berbuat sesuatu kepada pengadil itu.

“Hampir tiada ada apa-apa berlaku di terowong,” kata Neymar kepada Globo TV sebelum meninggalkan ibu negara Chile pada Isnin.

“Saya berada dalam terowong dan saya tahu pengadil akan datang. Jadi, saya tunggu dia kerana ingin bertanyakan mengenai pembuangan saya itu.

“Namun selepas itu ada kekecohan, dengan pengawal dan orang lain menyangkakan, saya tertekan serta mungkin akan berbuat sesuatu kepada pengadil atau sesuatu seperti itu,”.

Bintang Barcelona itu dibuang padang selepas menendang bola ke arah pemain Colombia, Pablo Armero, selepas pengadil meniup wisel menamatkan perlawanan bagi saingan Kumpulan C itu yang menyaksikan Brazil kalah 1-0. – AP

-http://www.bharian.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");