Panasnya Hari Ini

DAP Jangan Gopoh Keluar Kenyataan-Mustafa Ali

KUALA LUMPUR : Pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dinasihati agar tidak terburu-buru dalam mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang disifatkannya diluar pemikiran.

Memetik kenyataan  Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali melalui Sinar Online hari ini, mengakui keliru dengan kenyataan-kenyataan dikeluarkan oleh kedua pemimpin pembangkang tersebut mengenai perjuangan Enakmen Jenayah Syariah yang dibawa oleh pihak Pas.

“Kenyataan yang dikeluarkan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng gopoh…tak sabar. Saya hairan bagaimana kenyataan-kenyataan yang dibuat Kit Siang…benda yang saya tak terfikir.

“(Kenyataan Kit Siang) ‘Malaysia perlu diselamatkan dari hudud’ dengan sebab itu, dia (Kit Siang) boleh keluar kenyataan ‘selamatkan kerajaan Malaysia’. Nak selamatkan Malaysia daripada apa?,” katanya.

Tambahnya lagi, ketua pembangkang itu juga turut menyatakan cadangan untuk berkerjasama dengan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed sedangankan beliau jarang sekali bertemu dengannya dan usul tersebut juga tidak mendapat sambutan.

Beliau turut menyifatkan kenyataan kedua-dua pemimpin pembangkang tersebu dilihat seperti ahli politik yang tidak berpengalaman.

Menurut sumber lagi, Guan Eng dilihat serba salah untuk menghadiri Mesyuarat PR kerana konflik dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Sekarang ini saya rasa dia serba salah. Sebab pemimpin yang mempengerusikan mesyuarat (PR), Kak Wan (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata nak panggil mesyuarat. Kalau panggil mesyuarat kena panggil semua, Guan Eng nak jumpa (datang) macam mana? Dia dah tolak Tok Guru Haji Hadi.

“Haji Hadi tak ada masalah (untuk hadir). Waktu dia boleh hadir, dia hadir. Waktu dia tak boleh hadir, dia tak hadirlah.

“Tapi sebab dia (Guan Eng) sudah potong diri (putuskan hubungan) dia (Hadi)…Sebab itu kita tak boleh kasar macam itu…tak kenalah. Saya nasihatkan tak kenalah cakap kasar begitu, jangan gopoh, sabar sedikit. Apa-apa perbezaan pandangan, bincanglah. Hudud ni bukan benda baharu pun. Lama dah. ?Saya tak perlu ulanglah,” katanya.

Beliau juga menegaskan permasalahan yang membelenggu kini antara Pas dengan DAP tidak memberi masalah dan kesan kepada perjalanan politik PR.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");