Laporan Eksklusif

Dapatkan Rawatan Segera Jika Alami Gejala Denggi-PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menasihati orang ramai sekali lagi mengenai ancaman denggi dengan menasihatkan mereka yang mengalami gejala demam denggi supaya segera melakukan pemeriksaan di klinik atau hospital.

Melalui catatan di laman Twitter dan Facebooknya, beliau turut menyatakan berkenaan laporan Kementerian Kesihatan, tentang bilangan kes denggi kini yang semakin meningkat.

“Sekiranya anda atau kenalan mengalami gejala denggi, segera ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran untuk rawatan,” katanya.

Beliau turut memuat naik satu imej yang memaparkan tanda-tanda dan gejala demam denggi antaranya seperti sakit kepala, demam panas, pendarahan ringan (di gusi, hidung atau bawah kulit), sakit badan, ruam kulit, cirit-birit dan muntah-muntah, sebagai panduan kepada orang ramai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");