Sukan Hari Ini

Darby desak FAM selesai isu kontrak dengan KAFA

Kuala Lumpur: Bekas jurulatih Kelantan Steve Darby mahu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) segera menyelesaikan isu kontrak beliau dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Peguam Mohd Firdaus Ahmad yang mewakili jurulatih berbangsa Inggeris berusia 60 tahun itu yang kini Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Laos, berkata FAM perlu melihat perkara berkenaan secara serius kerana ‘keadilan tertangguh adalah keadilan yang dinafikan’.

Sementara itu, dalam kenyataan melalui firma guaman yang mewakilinya, Darby berkata beliau mungkin membawa isu itu kepada FIFA jika tiada maklum balas daripada FAM.

Darby ditamatkan kontrak pada April tahun lalu, selepas skuad The Red Warriors tumpas 0-4 kepada Sime Darby pada perlawanan Liga Super.

Beliau hanya membimbing Kelantan selama enam bulan sedangkan kontrak bersama KAFA sepatutnya dua tahun. – BERNAMA
– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");