Panasnya Hari Ini

DEB Mampu Bangunkan Ekonomi Negara -Tun M

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerangkan mengenai penulisan sebuah majalah “Foreign Affairs” mengakui bahawa biarpun wujud tindakan afirmatif di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), ekonomi Malaysia menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada kebanyakan negara-negara membangun yang lain.

Menerusi coretan terbaharu di blognya semalam, beliau menyatakan bahawa majalah ini memasukkan kajian rekod Malaysia mengenai hubungan antara kaum.

“Seperti yang saya jangkakan Kaum-Kaum hidup dalam harmoni yang relatif. Tiada pergaduhan kaum yang serius.

“Tindakan afirmatif di bawah DEB seolah-olah telah mengurangkan jurang perbezaan dalam pengagihan kekayaan antara orang Melayu asli dan orang Cina.,” katanya.

Tambahnya, majalah tersebut turut menyatakan mengenai Bumiputra memiliki hanya 2 peratus kekayaan negara sebelum DEB dan kekayaan mereka kini telah meningkat kepada 19 peratus dan perbezaan itu masih ada tetapi berkurangan.

Tambahnya, Amerika Joseph Stiglitz menulis bahawa jurang perbezaan antara yang kaya dan miskin telah mencapai tahap yang berbahaya manakala di India dan Afrika Selatan juga telah mencuba tindakan afirmatif tetapi hasilnya tidak sebaik seperti di Malaysia.

“Nampaknya Malaysia lebih berjaya dalam membina masyarakat berbilang kaum yang lebih saksama daripada kebanyakan negara-negara berbilang kaum yang lain termasuk Amerika Syarikat.

“Dasar kesamarataan layanan iaitu meritokrasi tidak membuahkan hasil yang ketara,” katanya.

Ujarnya lagi, Majalah Foreign Affairs juga seolah mengakui bahawa tindakan afirmatif Malaysia itu mempunyai merit.

“Sepertimana terdapat perubahan pendapat mengenai dasar kadar pertukaran tetap Malaysia, kini terdapat juga perubahan kutukan mengenai tindakan afirmatif kita, sekurang-kurangnya oleh Majalah Foreign Affairs.

“Media asing lain hanya menyalin laporan berat sebelah yang dibuat lama dahulu tanpa cuba untuk menyiasat realiti mengenai pengurusan hubungan kaum Malaysia dan pembangunan ekonominya,” katanya lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");