Sukan Hari Ini

Debaran pertembungan Nadal-Djokovic di suku akhir

PARIS: Ia sepatutnya aksi final dan pada penamat perlawanan akan ada upacara pemberian trofi dan hadiah kemenangan – namun esok adalah pertembungan Rafa Nadal dan Novak Djokovic bagi merebut tempat ke separuh akhir Terbuka Perancis.

Malah tidak pernah berlaku kepada Nadal apabila pertembungannya dengan Djokovic itu dianggap ‘aksi suku akhir paling sukar’ sepanjang karier tenisnya.

Sekiranya dia gagal mengatasi pemain tenis nombor satu dunia itu esok, harapannya untuk menjadi lelaki pertama memenangi 10 kejuaraan dalam satu Grand Slam tidak menjadi kenyataan.

Pemenang pertembungan itu juga belum tentu lagi menjadi juara di gelanggang tanah liat Roland Garros nanti. “Pemenang akan ke separuh akhir, ia tidak bawa banyak perbezaan,” kata Nadal yang bersedia untuk pertembungan kali ke-44 dengan Djokovic.

“Novak mungkin menjadi pilihan di sini, tapi saya di sini tetap akan melawan,” katanya. Pencapaian Nadal sedikit terumbang-ambing ketika melangkah ke Roland Garros tahun ini tanpa memenangi sebarang trofi gelanggang tanah liat di Eropah untuk pertama kali dalam sedekad ini.

Malah ramai yang membuat spekulasi bahawa tahun ini adalah kali kedua Nadal terpaksa menyerahkan kejuaraan Terbuka Perancis kepada pemain lain, sama ketika dia tumpas mengejut kepada Robin Soderling pada pusingan keempat pada 2009.

Nadal melangkah ke suku akhir selepas menewaskan pemain Amerika Syarikat (AS), Jack Sock 6-3 6-1 5-7 6-2 malam tadi. – REUTERS/ http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");