Panasnya Hari Ini

Debat Najib, Mahathir Tidak Perlu Siaran Langsung

KUALA LUMPUR: Debat diantara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak perlu disiarkan secara langsung melalui kaca televisyen berikutan ianya tiada keperluan untuk berbuat demikian, ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, debat terbuka seperti itu bukanlah satu tradisi dalam kalangan pemimpin di negara ini.

“Saya fikir masa Tun Mahathir memerintah dulu pun, beliau tidak pernah berdebat dengan pembangkang atau bekas perdana menteri.

“Saya masih ingat ketika itu, Tun Mahathir sendiri dapat banyak kritikan daripada bekas perdana menteri, Tunku Abdul Rahman,” katanya ketika sidang media diadakan di lobi Parlimen, hari ini, di sini, memetik laporan daripada Sinar Harian.

Tambah Shabery lagi, terdapat pelbagai kaedah dan cara lain yang boleh digunakan untuk memberi penjelasan tentang isu yang sedang hangat diperkatakan pada masa kini.

“Bagi saya, kalau saya ada berbeza pendapat dengan ayah saya misalnya, saya tidak akan bahas secara terbuka, tetapi kita ada cara sebaik-baiknya iaitu cara anak-beranak,” jelas beliau.

Sementara itu, Shabery turut menegaskan bahawa rakyat di negara ini berhak untuk mengetahui tentang isu yang berkaitan dengan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB).

“Semua yang berkaitan 1MDB dan hal-hal lain apabila dibawa ke Kabinet, kita akan suarakan pandangannya.

“Yang penting, dalam soal ini adalah untuk dapatkan kebenaran bukan sahaja daripada saya, malah dari rakan-rakan Kabinet,”katanya.

Terdahulu, pada hari Jumaat yang lalu, satu forum yang diberi nama ‘NothingtoHide’ yang sepatutnya dihadiri oleh Perdana Menteri dan Tun Mahathir terpaksa dibatalkan atas faktor-faktor keselamatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");