Panasnya Hari Ini

Dewan Pemuda PAS Pusat Diminta Tunai Janji

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat diminta untuk menyediakan pampasan yang setimpal kepada penduduk-penduduk kawasan Parlimen Sabah selepas perumahan setinggan mereka dirobohkan.

Perwakilan Sabah, Rosli Hasan di dalam siri perbahasan Parlimen Sabah pada hari kedua Muktamar Pemuda PAS turut menggesa agar Pemuda PAS turut menyediakan dana khas bagi membantu penduduk Kampung Pasir Putih bagi membiayai kos guaman.

Memetik laporan daripada Sinar Harian, isu yang melibatkan kampong itu kini diperingkat perbicaraan mahkamah, namun penduduk kampong tersebut tidak mampu untuk membiayai kos guaman.

Di awal perbahasan pula, Rosli turut menyatakan tentang isu penculikan di kawasan-kawasan pantai dan restoran yang seringkali berlaku di Sabah.

Katanya, kejadian tersebut mewujudkan kebimbangan di kalangan penduduk setempat sehingga menjadikan mereka berasa tidak selamat meskipun ESSCOM telah ditubuhkan.

“Bagaimana rakyat Sabah mahu hidup aman kalau kerajaan pada hari ini tidak memandang berat terhadap penduduk Sabah?,”soalnya.

Tegasnya lagi, PAS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mahu Sabah keluar dari Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");