Membawang Hari Ini

‘Dia masih kekasih saya’

Sejak hubungannya bersama pelakon jelita Uqasha Senrose berjaya dihidu pihak media, pelakon kelahiran pencarian Hero Remaja, Syafiq Kyle, 23, tidak terlepas daripada pertanyaan berkenaan hal itu.

Mengakui rimas dan malas dengan persoalan sama membuatkan pelakon Tanah Kubur ini jarang menghadirkan diri ke acara hiburan.

Baginya, soalan terbabit sudah tidak relevan.

“Kalau boleh saya mahu juga ditanya soalan lain ter­utama berkaitan kerjaya. Ini tidak, setiap kali jumpa saya mesti ditanya perihal hubungan dengan Uqasha. Saya jadi malas dan bosan dengan soalan itu.

“Kisah peribadi saya tidak menarik pun untuk dikongsi. Bukan apa, saya macam orang lain juga yang melalui fasa percintaan. Jadi, untuk bercerita lebih-lebih adalah tidak manis,” katanya.

Seakan-akan fobia bertemu pihak media, Syafiq mula dikatakan cuba melarikan diri. Ada pihak mendakwa dia sukar memberi kerjasama. Menjelaskan hal itu, Syafiq berkata, dia tidak pernah ada masalah dengan pihak media.

“Itu semua tipu. Kalau ada panggilan daripada wartawan yang tak berjawab, saya pasti akan menghubungi semula,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai hubungan dengan kakak kepada pelakon Nelydia Senrose itu, Syafiq memberitahu mereka kini sibuk dengan jadual kerja masing-masing.

“Dia masih kekasih saya. Tidak semestinya apabila bercinta perlu kerap berjumpa. Memandangkan dia pun ada kerjaya sendiri, jadi saya faham. Begitu juga sebaliknya. Tambahan pula, teknologi hari ini canggih, banyak cara boleh berkomunikasi,” katanya.

Walaupun belum ada sebarang perancangan untuk berkahwin, Syafiq bagaimanapun sudah mula membuat persiapan.
“Sepanjang tiga tahun berlakon, alhamdulillah saya sudah mengumpul harta dan aset sendiri.

Akan datang saya mahu membeli rumah pula. Ia sedang diusahakan. Selepas itu baru fikir nak kahwin. Bukan apa, saya mahukan kehidupan berkeluarga lebih selesa,” katanya.

Jarang dapat watak utama

Menyedari hakikat semakin ramai wajah baru yang memberi saingan, Syafiq sudah bersedia untuk melalui fasa turun naik dalam kerjaya yang dibina.

“Saya menyamakan berada dalam bidang seni sama seperti kehidupan yang ada turun naik dan pasang surutnya. Saya perlu terima hakikat jika satu hari nanti nama saya sudah tidak popular.

“Saya juga tak kisah kalau orang sudah tidak bercakap mengenai saya. Apa yang penting, ada pihak yang memandang hasil kerja saya. Sebab itu, saya sentiasa belajar dan mencuba pelbagai watak,” katanya.

Disebabkan memiliki wajah jambu dan usianya yang masih muda, tidak ramai penerbit dan pengarah berani memberikannya watak utama.

“Memang betul saya susah nak dapat watak utama. Pernah juga bawa watak utama, tapi tak selalu. Tapi, tak mengapa kerana itu semua rezeki.

Walaupun sekadar watak pembantu, saya tetap berikan sepenuh komitmen. Ada ketikanya watak sedemikian lebih mendapat perhatian penonton.

“Melakonkan watak utama bukanlah sasaran saya menjadi pelakon. Saya tak kisah diberikan apa sahaja watak. Apa yang penting, saya lebih mengutamakan cara dan kualiti lakonan,” katanya.

Berkenaan sambutan Ramadan tahun ini, buat pertama kalinya dia banyak berehat daripada sebarang aktivti seni.
“Selepas seminggu berpuasa, baru kali ini saya berbuka di luar.

Selebihnya saya bersama keluarga dan menunaikan solat Tarawih. Bulan Ramadan tahun ini juga saya tidak mengambil sebarang tawaran berlakon.

“Cuma dua minggu sebelum raya baru saya akan ke lokasi penggambaran telefilem Rebahku Bersujud untuk tayangan Astro. Jadi ada juga duit poket bagi perbelanjaan persiapan raya,” katanya.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");