Jenayah

Dibunuh ketika hantar kad kahwin

SHAH ALAM – Polis mengesan dua individu yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes dua lelaki maut ditembak di Jalan Serdang Jaya 2/20, Seri Kembangan, Serdang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razimi Ahmad berkata, suspek dipercayai mempunyai kaitan dengan mangsa.

“Kita masih meneruskan siasatan lanjut termasuk motif pembunuhan. Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam, kedua-dua mangsa yang berusia 25 tahun itu dikenali sebagai A Shamnson dan A Rubban Avudayar ditembak di hadapan sebuah kedai kopi ketika mereka dalam perjalanan menghantar kad undangan perkahwinan salah seorang daripada mereka.

Mangsa yang menaiki sebuah motosikal dipercayai telah dihalang sebuah motosikal lain sebelum suspek melepaskan lima das tembakan ke arah mangsa.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");