Jenayah

Diselamatkan jiran

Kajang: Tindakan pantas jiran menyelamatkan seorang wanita berusia 30-an daripada rentung selepas rumahnya di Seksyen 6, Bandar Mahkota Cheras, terbakar pagi tadi.

Difahamkan, dalam kejadian 5.30 pagi itu, mangsa terperangkap di dalam tandas bilik tidur utama rumahnya sebelum diselamatkan.

Jurucakap bomba ketika dihubungi berkata, kebakaran membabitkan bahagian atas rumah teres dua tingkat.

Katanya, mangsa cedera di tangan dan kaki dan dia dihantar ke Hospital Kajang menggunakan ambulans untuk dirawat.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan forensik bomba,”katanya ketika dihubungi pagi tadi.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");