Jenayah

Dituduh rompak rantai emas

JOHOR BAHRU – Seorang peniaga bersama rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas pertuduhan merompak seutas rantai emas seorang milik wanita warga Singapura, Mei lalu.

Tertuduh, Mohamad Syaful Shah Mohd Shakib, 21, dan Mashah Ike@Zakaria, 25, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan ketika pendakwaan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abd Aziz.

Kedua-dua tertuduh yang beralamat di Johor Bahru didakwa melakukan rompakan seutas rantai emas milik mangsa di sebuah stesen minyak di Jalan Tun Abdul Razak, kira-kira jam 4.40 pagi, 23 Mei lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan kedua-dua tertuduh boleh dikenakan penjara hingga 14 tahun atau dengan denda atau sebat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khazrin Haffiz Khalil, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 1 Julai ini sebagai sebutan semula kes dengan jaminan RM20,000 setiap seorang.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");