Sukan Hari Ini

Dollah kecewa Harimau Malaya patah taring

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Dollah Salleh kecewa dengan pemainnya yang mudah putus asa dan hilang semangat juang ketika beraksi menentang Palestin dalam Kumpulan A kempen kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Palestin malam tadi.

Malaysia kecundang 0-6 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Beliau berkata para pemainnya telah diberikan kata-kata semangat untuk bangkit semula, namun pemain skuad Harimau Malaya tidak mampu bangun mengubat luka.

“Pada awal minit separuh masa kedua, kita nampak bagus apabila beberapa serangan dapat dilakukan.

Tetapi apabila kita memberikan gol keempat kepada Palestin, pemain kemudiannya nampak sudah berputus asa,” katanya selepas tamat perlawanan.

Beliau berkata beliau akan melakukan perubahan dengan sesetengah pemain mungkin akan ditukar. “Kita kena berubah dari segi karakter dan semuanya.

Kita perlu buat persiapan lebih rapi selepas ini,” kata Dollah.

Ditanya sama ada beliau akan meletak jawatan berikutan kekalahan teruk itu, Dollah berkata: “Saya bukan pengecut.

Saya tak panik tetapi saya kecewa dengan keadaan yang ditunjukkan para pemain.” Malaysia akan meneruskan kempen kelayakan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 September. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");