Jenayah

Dua bapa bawa anak ketika lepas gian

TELUK INTAN – Dua bapa sanggup membawa anak mereka ketika mahu melepaskan gian di satu lokasi port menagih dadah di Tanah Perkuburan Cina, Batu 6, Jalan Changkat Jong, di sini, petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan ketika sedang asyik menghisap dadah sambil diperhatikan oleh anaknya yang masih berusia tujuh tahun.

Katanya, ketika pemerhatian yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, kanak-kanak itu berada di atas sebuah motosikal jenis Honda kira-kira 8 meter dari suspek.

“Ketika tangkapan dibuat, seorang lagi lelaki yang dipercayai penagih dadah membawa seorang budak kecil menaiki motosikal sedang menghampiri lokasi sama.

“Namun selepas terlihat pasukan polis melakukan tangkapan, lelaki itu meninggalkan anak lelakinya berusia enam tahun di atas motosikal dan melarikan diri ke arah ladang kelapa sawit,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Mohd Shuhaily berkata, suspek kemudiannya ditahan dan dibawa ke IPD Hilir Perak untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, suspek baru sahaja dibebaskan di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun pada sebelah pagi dan ditahan pada sebelah petang ketika leka menghidap dadah di lokasi kejadian.

Menurutnya, kedua-dua kanak-kanak itu dihantar ke rumah isteri suspek di Teluk Intan pada hari sama.

“Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan suspek direman sehingga 8 Jun ini bagi membantu siasatan pihak kami,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");