Jenayah

Dua wanita melecur, gerai makan terbakar

KULIM – Dua wanita melecur dalam kebakaran di sebuah gerai makan di Taman Mutiara, Sungai Kob dekat sini, petang kelmarin.

Mangsa, Hashimah Mohd Ghazali, 44, dan Masyitah Muhammad, 28, dipercayai sedang menjalankan perniagaan sebelum mengambil botol yang diisi air untuk ditambah ke dalam periuk yang diletakkan di atas dapur.

Menurut saksi yang enggan dikenali, mangsa dipercayai tersalah mengambil botol yang disangka diisi dengan air namun ia adalah petrol yang diletakkan sekali di dalam kenderaan digunakan untuk berniaga.

“Ketika itu ada juga pelanggan sedang menikmati makanan di kedai itu. Namun mereka juga tidak sempat berbuat apa-apa akibat terkejut,” katanya.

Manakala, adik mangsa, Norazman Mohd Ghazali, 40, berkata, dia ada singgah ke kawasan kejadian semalam namun tidak menyangka salah seorang mangsa adalah kakak kandungnya.

“Saya balik daripada kerja dan melalui jalan tersebut mendapati ada kebakaran berlaku. Bomba pun sudah tiba jadi saya berhenti kenderaan dan mengambil gambar.

“Saya tak sangka yang terlibat dalam kebakaran itu adalah kakak saya. Saya sempat melawat kakak semalam di hospital dan keadaan mukanya melecur dan sukar untuk kami mendapat tahu cerita sebenar,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Komander Operasi PBK II Krisnan Naidu berkata, bomba mendapat panggilan daripada orang awam kira-kira jam 6.40 petang.

“Kita berjaya memadam kebakaran kira-kira jam 6.50 petang dan mendapati dua mangsa tercedera dan melecur di bahagian muka dan badan.

“Kedua-dua mangsa juga dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");