Berita Hari Ini

Ekhsan dapat tawaran baharu

SHAH ALAM – Bekas Guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Ekhsan Bukharee Badrul Hisham, 24, yang ditamatkan perkhidmatan awal Jun kini sedang mempertimbangkan tawaran menjadi guru sebuah sekolah rendah agama swasta di Paya Jaras.

Menurutnya, tawaran tersebut diterima daripada pengurusan sekolah beberapa hari selepas dia menerima surat penamatan perkhidmatan dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Pihak pengurusan sekolah ada menghubungi saya dan menyatakan rasa simpati atas nasib yang menimpa diri saya.

“Mereka telah berbesar hati mempelawa saya untuk bekerja sebagai guru,” katanya kepada Sinar Harian.

Ekhsan Bukharee berkata, dia tidak menolak kemungkinan akan menerima tawaran tersebut.

“Saya mungkin menerima tawaran tersebut kerana minat saya cenderung menjadi pendidik.

“Kami akan berjumpa dalam minggu ini untuk berbincang beberapa perkara yang melibatkan mata pelajaran, jawatan dan gaji yang ditawarkan,” katanya.

Katanya, dia mungkin akan mengajar di sekolah berkenaan selepas cuti persekolahan penggal pertama tamat jika bersetuju dengan tawaran yang dibuat.

Ekhsan Bukharee yang sebelum ini mengajar di Sekolah Rendah Agama Pekan Kapar bagaimanapun enggan mendedahkan nama sekolah rendah agama swasta terbabit.

Dalam pada itu, Ekhsan Bukharee turut menyatakan yang dia masih belum membuat keputusan sama ada mahu menggunakan khidmat guaman percuma yang ditawarkan pelbagai pihak termasuk Pemuda Umno mengenai kes penamatan perkhidmatannya.

“Saya masih belum berbincang lagi sebab masing-masing sedang sibuk. Saya akan umumkannya pada minggu depan.

“Saya juga akan memutuskan sama ada membawa kes ini terus ke mahkamah atau menangguhkannya dulu buat sementara waktu,” katanya.

Terdahulu, Ekhsan Bukharee menerima surat penamatan perkhidmatan daripada Jais yang bertarikh 14 Mei dan arahan itu berkuat kuasa 1 Jun.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");