Sukan Hari Ini

Enggan putih mata

PENGENDALI Tok Gajah, Zainal Abidin Hassan tidak rela pulang dengan tangan kosong apabila berdepan The Cops dalam aksi pembuka tirai pusingan kedua Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini.

Menurutnya, selepas berehat panjang daripada saingan liga, amat penting buat Pahang mengutip mata dalam perlawanan tersebut.

“Memang tekanan itu ada kerana beraksi di laman lawan dan dengan reputasi mereka, Pahang memang akan berdepan aksi sengit.

“Namun kami perlu mendapatkan mata kerana ia amat penting buat kami, seterusnya kembali ke landasan sebenar selepas berehat seketika daripada saingan liga,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bekas pemain kebangsaan itu juga sedar situasi lebih getir perlu dihadapi berikutan semua pasukan ingin memintas kedudukan Pahang yang kini menerajui liga.

“Ini tekanan yang perlu dihadapi dan saya berharap pemain dapat menyerapnya dengan baik dan kekal fokus dalam perlawanan malam esok (ini),” katanya.

Zainal Abidin juga mengharapkan barisan pemain yang diturunkan dapat menggalas tugas mereka dengan baik dalam perlawanan tersebut.

Menurutnya, walaupun mengakui sedikit terjejas berikutan pemain sayapnya, Azamuddin Mohd Akil tidak dapat diturunkan kerana kad merah yang diterima ketika aksi separuh akhir kedua Piala FA berdepan Kelantan, beliau tetap yakin dengan pengganti pemain itu.

“Memang terasa dengan ketiadaan Alex, namun ada pemain lain seperti D Saarvindran boleh mengisi kekosongan tersebut.

“Paling penting mereka (pemain) tidak mensia-siakan peluang terhidang serta kekal fokus dan disiplin hingga ke wisel penamat,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");