Membawang Hari Ini

Fahmi Esmail dari pramugara kini penyanyi

KUALA LUMPUR: Pertandingan Mentor Legend yang bersiaran di TV3 baru-baru ini landasan terbaik buat Mohd Zulfahmi Esmail atau nama komersialnya, Fahmi Esmail untuk mewarnai persada seni.

Langkah beraninya ke uji bakat pertandingan berkenaan dan seterusnya menjadi protege kepada penyanyi dan komposer Ajai membuka lembaran baharu buatnya.

Maka dari situ bermulalah kembara seni Fahmi.

Dalam usia 26 tahun, dia tidak pernah termimpi untuk beraksi di pentas yang besar ertinya itu untuk permulaan karier barunya.

Tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan nyanyian kerana di awal usia 20-an, Fahmi sebelum ini pernah bertugas sebagai pramugara AirAsia.

Ketika pertandingan Mentor Legend bermula, dia terpaksa memohon cuti tanpa gaji, demi ingin mencuba nasib.

Ternyata pertaruhan Fahmi dalam bidang seni, tidak terhenti selepas pertandingan berakhir.

Fahmi yang terkenal dengan nada tinggi nyaringnya, dilamar syarikat rakaman Wake The Baby Records di bawah tanggungjawab dan pemantauan Ajai.

-www.bharian.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");