Sukan Hari Ini

FAM perlu rombak Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Tiada yang istimewa tentang pemain negara di mata pengendali Palestin Abdel Nasser Barakat (gambar) yang mencadangkan Harimau Malaya dirombak besar-besaran.

Melihat kepada kemenangan besar diraih anak buahnya, Abdel Nasser berasa perlu memberi tips dengan mencadangkan langkah drastik perlu diambil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Saya rasa mereka perlu lakukan seperti Palestin lakukan iaitu menukar hampir keseluruhan pemain. Kami menggantikan pemain lama dengan pemain muda.

Saya rasa ramai pemain muda berbakat di Malaysia,” katanya selepas kemenangan 6-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam kelmarin.

Abdel Nasser pada sidang media sebelum perlawanan menjelaskan 15 pemain baru berusia antara 22 hingga 24 tahun diserap selepas aksi di Piala Asia 2015 pada awal tahun ini.

Situasi berbeza dengan Malaysia, sejak menjuarai Piala AFF 2010, skuad negara sering kali dibarisi pemain sama sehingga sering mendapat kecaman pemerhati dan peminat bola sepak tempatan.

“Kami memang mahu menang perlawanan ini namun terkejut raih kemenangan besar. Saya tak sangka Malaysia sudah berputus asa dan tidak cuba kembali memberi saingan selepas ketinggalan tiga gol.

“Ini kemenangan paling mudah. Saya tidak sangka boleh menang besar kerana kami dibarisi ramai pemain baru. Sasaran saya ialah untuk membina pasukan kebangsaan baru untuk masa depan,” tambahnya.

Jelasnya, negara bergolak berkenaan tidak mempunyai dana besar dalam melakukan persiapan.

“Kami tidak mempunyai peruntukan besar kerana Palestin sedang dilanda krisis. Kami mengadakan kem di Tunisia, tiga perlawanan diadakan dengan kami cuba membetulkan kesilapan tanpa mengira keputusannya,” jelasnya.

– http://www.hmetro.com.my

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");