Berita Hari Ini

Gempa bumi: Pas lancar derma kilat

KUALA SELANGOR – Pas hari ini melancarkan derma kilat bagi mangsa-mangsa gempa bumi di negeri di bawah bayu itu.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia bertujuan meringankan beban di atas kesusahan yang menimpa mangsa-mangsa gempa bumi di Sabah.

Berucap di Muktamar Tahunan Pas ke 61 hari ini, beliau mewakili Pas turut mengucapkan takziah dan simpati ke atas nasib yang menimpa penduduk Sabah.

“Kami mengucapkan simpati ke atas nasib yang menimpa penduduk Sabah khusus di kawasan Ranau.

“Sebagai tanda simpati kami, Pas akan adakan kutipan derma kilat bagi membantu mangsa-mangsa tersebut,” katanya ketika menyampaikan pengumuman tersebut di Stadium Tertutup Kuala Selangor, di sini, hari ini.

Pengumuman tersebut disambut dengan laungan takbir perwakilan yang hadir sebelum kutipan derma dijalankan.

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 7.15 pagi ini.

Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional dalam kenyataan berkata, gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud.

Pusat gempa tersebut terletak 16km barat laut Ranau. Jurucakap pusat tersebut ketika dihubungi berkata, tiada lagi gempa bumi? dilaporkan, sehingga berita ini ditulis.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");