Panasnya Hari Ini

Gempa Bumi: PM Arah Agensi Berkenaan Ambil Tindakan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan semua pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya berikutan berlakunya gempa bumi terbaru yang melanda Sabah awal pagi tadi.

Beliau menerusi laman sosial Facebooknya menyatakan bahawa beliau telah menerima berita berkenaan dengan gempa bumi tersebut.

“Saya terima berita gempa bumi bermagnitud 5.1 skala Richter yang melanda Ranau Sabah pagi ini,” katanya.

Beliau telah mengarahkan kesemua agensi dan aset kerajaan yang berkaitan untuk mengambil tindakan.

Jabatan Meteordologi Malaysia melalui kenyataan yang dibuat melalui laman Facebook dan Twitter melaporkan, satu gempa bumi sederhana telah berlaku kira-kira jam 2.29 awal pagi tadi.

Gempa yang berukuran 5.1 skala Richter itu berlaku kira-kira 25 kilometer di sebelah Tenggara dari Kota Belud, Sabah.

Susulan itu, gegaran turut dirasai di beberapa kawasan antaranya Ranau, Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");