Berita Hari Ini

Gempa Sabah: Bomba buat pemantauan, rondaan

Kota Kinabalu : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah terus membuat pemantauan dan rondaan di sekitar kawasan terbabit gegaran bagi memastikan tiada mangsa cedera atau terperangkap.

Antara kawasan terbabit gegaran ialah sekitar daerah Ranau, Kota Marudu, Kota Belud, Kota Kinabalu, Penampang, Sipitang dan Kudat.

Ketua Perhubungan Awam JBPM Sabah, Mohd Affendy K Ramin berkata, gegaran yang kuat berlaku di daerah Ranau mengakibatkan keretakan pada sebahagian bangunan kerajaan dan premis perniagaan.

“Pasukan Bomba bertindak memantau dan membuat rondaan sekitar pekan Ranau bagi memastikan tiada mangsa yang cedera atau yang terperangkap.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) sudah mengarahkan jentera Bomba di setiap daerah yang mengalami gegaran membuat pemantauan dan rondaan bagi memastikan keadaan selamat dan terkawal,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");