Berita Hari Ini

Gesa ulama nyata pendirian isu indeks syariah

KUALA TERENGGANU – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad menggesa ulama di negara ini tanpa mengira fahaman politik atau jawatan, menyatakan pendirian berhubung pelaksanaan indeks syariah di negara ini bermula awal Januari lalu.

Raja Bahrin berkata, terdapat beberapa isu berbangkit sebelum ini yang memperlihatkan pihak kerajaan sendiri tidak mematuhi ketetapan indeks syariah seperti mana sewajarnya.

Menurutnya, perkara itu boleh dilihat melalui pendedahan beberapa isu, antaranya pembelian tanah oleh Lembaga Tabung Haji (TH) di Sungai Besi daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan harga tinggi.

“1MDB memperoleh tanah tersebut dengan harga cukup rendah. Apa yang dipersoalkan sekarang ni adalah sama ada pengurusan TH sedar atau tidak bahawa 1MDB membuat pelaburan di pusat kewangan Pulau Cayman yang merupakan sebuah pusat perniagaan haram?

“Adakah patut 1MDB dan kerajaan merestuinya dengan melanggar panduan indeks syariah itu sendiri? Saya pernah timbulkan isu ini di parlimen pada 2014 yang mana Datuk Ahmad Maslan menjawab, ia bukan pelaburan jangka masa panjang,” katanya dalam kenyataan media kepada akhbar ini.

Beliau menegaskan, yang haram tetap haram tanpa mengira jangka masa sesuatu pelaburan itu.

“Semasa saya timbulkan persoalan ni di parlimen, kami sedang membahaskan pindaan Akta Penggubalan Wang Haram di Malaysia bagi memperketat akta itu serta menambah berat hukuman.

“Kepatuhan kerajaan kepada indeks syariah yang berkuat kuasa pada 2015 boleh juga dipersoalkan apatah lagi dengan pendedahan Wall Street Journal, Jumaat lalu, mengenai pembelian aset tenaga oleh 1MDB daripada Kumpulan Genting dengan harga lima kali ganda daripada harga sebenar,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan atas tujuan apa indeks syariah diwujudkan sekiranya tidak dipatuhi oleh kerajaan dan untuk siapa Akta Penggubalan Wang Haram dibuat sebagaimana dibahaskan di Parlimen pada tahun lepas.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");