Sukan Hari Ini

‘Hadiah’ buat Oniya

Kuala Lumpur: “Kemenangan ini untuk mendiang,” kata pengendali T-Team, Tomislav Steinbruckner selepas menyaksikan anak buahnya berjaya menambah koleksi tiga mata lagi ketika membenam Kuala Lumpur 2-1 di Stadium INSPEN, Bangi kelmarin.

Kehilangan kapten pasukan David Oniya yang meninggal dunia ketika beraksi pada perlawanan persahabatan dengan Kelantan minggu lalu, tidak sedikit pun merencatkan aksi Titans yang sememangnya memburu kemenangan bagi dihadiahkan kepada mendiang kaptennya itu.

“Saya gembira apabila kami berjaya meraih kemenangan malam ini (kelmarin) dan ia ditujukan khusus kepada mendiang (David Oniya),” kata pengendali itu.

Menerusi kemenangan kelapan itu, T-Team terus mengekalkan penguasaannya di puncak Liga Perdana sekali gus meletakkan pasukannya di landasan tepat untuk kembali bersaing pada kempen Liga Super musim depan.

Dalam aksi itu, kelab dari Pantai Timur itu terpaksa menunggu hingga ke masa kecederaan sebelum dapat mengesahkan kejayaan mengutip tiga mata bagi mengumpul 26 mata mengatasi Sabah di tangga kedua liga dengan 22 mata.

Pelawat memperoleh kemenangan menerusi jaringan Ahmad Takiyudeen Roslan dan penyerang import Farhod Tadjiev, manakala gol Kuala Lumpur hadir menerusi Fairuz Aziz.

“Tiga mata amat berharga buat kami dan kemenangan ini memberi moral terbaik buat pemain mencipta kemenangan pada perlawanan seterusnya.

“Bagaimanapun, masih ada beberapa kelonggaran di bahagian pertahanan yang perlu diperbaiki segera sebelum kami bertemu semula lawan sama Isnin ini (esok) di tempat kami pula.

“Apapun, saya cukup lega dengan kemenangan ini dan ia menyuntik semangat pasukan terutama dalam misi untuk layak ke divisyen utama musim depan. Saya harap pemain tidak mensia-siakan peluang ini,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");