Isu Panas

Henti kemelut, jaga rakyat

SABAK BERNAM – Pemimpin Pas dan DAP digesa menghentikan segala kemelut yang melanda antara kedua-dua parti politik itu serta menjaga kepentingan rakyat yang jauh lebih utama berbanding kepentingan parti.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kedua-dua parti itu seharusnya memikul amanah dan tanggungjawab kepada rakyat terutama di beberapa negeri yang dimenangi PR setelah mereka diberi kepercayaan pada PRU13.

Menurutnya, pergeseran antara dua parti komponen PR itu tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat, sebaliknya Pas dan DAP perlu mencari titik persamaan menangani kemelut mereka.

“PR dibina atas jalan persamaan dan kalau kita ingat PRU sebelum ini, kita (PR) menjadi harapan rakyat memperjuangkan isu-isu berkaitan kepentingan rakyat di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Karnival Jelajah Generasi Idaman Selangor (Gems) di Stadium Sungai Besar, semalam.

Ditanya tentang hasrat PKR untuk berunding dengan kepimpinan Pas dan DAP agar semua pihak bersikap terbuka bagi mencapai muafakat berhubung krisis antara dua parti itu, Nik Nazmi berkata, perkara itu dalam usaha pelaksanaan.

“Kita sedia menjadi orang tengah untuk bertemu dengan Pas dan DAP bagi menyelesaikan masalah dihadapi,” katanya.

Beliau turut mengakui di Selangor, perkara itu tidaklah terlalu serius memandangkan semua pemimpin daripada dua parti itu dapat bekerjasama dengan baik.

“Setakat ini, dalam mesyuarat Exco dan sebagainya ia berjalan dengan baik dan berharap agar isu ini dapat diselesaikan segera,” katanya.

Dewan Ulama Pas sebelum ini, sebulat suara meluluskan usul tergempar untuk memutuskan hubungan dengan DAP dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 tanpa bahas, namun akan meneruskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dalam PR.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");