Panasnya Hari Ini

Hishammuddin Bersetuju Dengan Syarat

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien bersetuju dengan desakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang meminta anggota Kabinet melepaskan jawatan mereka sekiranya tidak bersamanya untuk memulihkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Hishammuddin melahirkan persetujuan dengan meletakkan syarat iaitu 1MDB perlu menjalani proses rasionalisasi dan mengenakan tindakan kepada pesalah laku yang terlibat.

“Setuju dengan syarat. Yang pertama, rasionalisasi 1MDB. Yang kedua, akauntabiliti sekirangya ada salah. Yang ketiga, ketulusan,”tulis beliau melalui laman Twitternya.

Akhbar tempatan hari ini dilaporkan bahawa Najib mengeluarkan kenyataan yang meminta agar mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersamanya dalam memulihkan 1MDB supaya meletakkan jawatan.

Kenyataan tersebut dibuat semasa mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu sejurus selepas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

“Perdana Menteri meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama beliau dalam isu 1MDB meletakkan jawatan tetapi tiada seorang pun berbuat demikian,”katanya seperti dipetik menerusi laporan tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");