Perak Hari Ini

Impiana Hotel Ipoh Rai 70 Anak Yatim


IPOH: Hampir 70 orang anak-anak yatim daripada dua buah rumah kebajikan diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran Hotel Impiana Ipoh, di sini.

Pengurus Besar Impiana Hotel Ipoh, Peter Padman berkata, majlis berbuka puasa tersebut anjuran pihak hotel dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak.

Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak juga turut mengagihkan cenderahati kepada anak-anak yatim yang telah dijemput hari ini.

“Kita menjemput kanak-kanak daripada Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Iman, Manjoi dan juga Rumah Anak Yatim Nurul Huda, Chemor.

“Kami melihat ini sebagai satu tanggungjawab korporat dan ingin sama-sama meraikan kejayaan syarikat dengan golongan yang kurang bernasib baik,”katanya.

PERAK TODAY 9

Pada majlis yang sama, turut dilancarkan Tabung Bantuan Gempa Bumi iaitu hasil kutipannya bakal disalurkan kepada kerajaan Sabah dan Persatuan Malim Gunung yang terlibat di dalam bencana gempa bumi, baru-baru ini.

Penaung Kelab Sukan dan Rekreasi dan Kebajikan Media Perak, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, dengan adanya tabung bencana ini, ianya mencerminkan keperhatinan rakyat Malaysia serta semangat bersatu padu untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Semua orang di Negara ini akan bersatu-padu untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang amat memerlukan.

PERAK TODAY 2

“Kami amat bersimpati dengan kejadian yang berlaku di beberapa daerah di Sabah,”katanya.

Turut disampaikan, bantuan dan duit raya kepada kesemua anak-anak yatim yang hadir di majlis tersebut yang disumbangkan oleh Impiana Hotel dan Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");