Jenayah

Jasad tercampak 100 meter

Kuala Lumpur: Pengguna lebuh raya terkejut apabila menemui mayat seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi tercampak kira-kira 100 meter dari lokasi motosikalnya ditemui.

Kejadian itu hanya disedari orang ramai jam 11 pagi semalam, berhampiran Kilometer 0.6 susur masuk ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), di sini.

Mangsa dipercayai sudah berada di tebing lebuh raya beberapa jam sebelum mayatnya ditemui.

Jurucakap polis trafik Kuala Lumpur berkata, mangsa yang menunggang motosikal model Honda CBR 250 dikatakan datang dari arah Jalan Tuanku Abdul Halim.

“Saksi kejadian yang dalam perjalanan ke tempat kerja sanggup berpatah balik sejurus melihat objek mencurigakan di tepi lebuh raya.

“Tekaannya itu tepat apabila objek dilihat lelaki itu adalah tubuh manusia. Dia kemudian segera menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu,” katanya.

Menurutnya, pasukan paramedik yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia beberapa jam lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah keras.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian tidak menolak kemungkinan mangsa terbabas dan merempuh besi penghadang lebuh raya berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke arah tebing dan tidak disedari pengguna jalan raya yang lain manakala motosikal mangsa terseret dan ditemui 100 meter dari lokasi mayat,” katanya.

Katanya, polis sedang mengenal pasti identiti mangsa dan mengesan waris kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui termasuk dompet mangsa.

Sehubungan itu, polis meminta mereka yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat mengenai mangsa tampil membantu siasatan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");