Jenayah

Jumpa mayat lelaki di tepi pantai

KUANTAN – Mayat seorang lelaki tanpa pakaian ditemui orang awam di tepi Pantai Kampung Anak Air di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mayat lelaki dipercayai warga asing itu ditemui dalam keadaan terlentang dengan enam kesan tikaman di dada dan perut.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu kira-kira jam 3.25 petang.

“Pihak polis masih menyiasat identiti mangsa kerana tiada sebarang dokumen ditemui pada badan mangsa.

“Mangsa yang dipercayai berumur dalam lingkungan 30 an itu mungkin mati kurang 24 jam sebelum ditemui saksi,” katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Aziz berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek dan motif pembunuhan tersebut.

“Kita masih menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diharap tampil membantu siasatan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");