Sukan Hari Ini

Juve sedia kekang trio Barca – Allegri

TURIN, Itali: Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri menegaskan kelab bimbingannya bersedia untuk mengekang trio ‘menakutkan’ Barcelona diketuai Lionel Messi, Luis Suarez dan Neymar pada final Liga Juara-Juara Eropah.

Kelab gergasi Itali itu hanya selangkah untuk menamatkan kempen musim ini dengan sempurna pada musim pertama Allegri bersama Bianconeri.

Juventus ketika ini sudah pun menjulang kejuaraan keempat berturut-turut Serie A dan Piala Itali yang kejayaan domestik berganda pertama dicapai sejak 20 tahun lalu.

Begitupun, harapan Juve untuk menyamai kejayaan musuh tradisinya, Inter Milan yang menjulang tiga trofi pada 2010 cukup sukar selepas turun di final Liga Juara-Juara di Berlin, awal pagi Ahad ini selaku pasukan bukan pilihan.

Sama seperti Juve, Barca juga hanya selangkah untuk melengkapkan kejuaraan tiga trofi semusim selepas turut menjuarai La Liga dan Piala Raja Sepanyol namun paling dibimbangkan ialah barisan serangan dimiliki kelab gergasi Sepanyol itu jelas menggerunkan.

Di antara trio serangan itu, Suarez yang terpaksa berdepan penggantungan di awal saingan liga sudah pun meledak 24 gol diikuti sensasi Brazil, Neymar (38) manakala peledak Argentina, Messi (58).

Bagi Messi, prestasinya jelas berada di puncak ketika ini kerana selepas menjaringkan gol ke-400 buat Barca bulan lalu, pemain terbaik dunia empat kali itu terus meledak gol ketika mengesahkan kejuaraan La Liga sebelum magisnya berterusan ketika gergasi Catalan itu menjulang Piala Raja Sepanyol dengan menundukkan Athletic Bilbao 3-1, Sabtu lepas.

Sambil memuji kemampuan teknikal dan karektor Barcelona, Allegri berkata Juve tidak akan “duduk dan menunggu perkara daripada berlaku.

“Apa yang perlu kami lakukan ialah bermain permainan kami, bermain dengan baik dan lebih daripada itu, tunjukkan yang kami mempunyai apa yang diperlukan untuk mencabar trofi itu,” katanya.

“Sudah tentu apa yang berlaku ketika perlawanan akan mempengaruhi pendekatan yang kami lakukan. Tetapi kami tidak boleh duduk dan menunggu perkara itu terjadi.

“Kami perlu menumpukan perhatian kepada peranan kita sendiri. Mereka (Suarez, Neymar dan Messi) sudah menjaringkan 120 gol antara mereka musim ini, namun kami adalah barisan yang hebat dan memiliki hati yang besar,” katanya. – AFP

-http://www.bharian.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");