Berita Hari Ini

Kabinet perlu bersetuju dengan PM

PUTRAJAYA – Anggota Kabinet perlu bersetuju dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam semua keputusan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, jika ada dalam kalangan anggota kabinet yang hilang kepercayaan atau mempertikai keputusan (Perdana Menteri) apatah lagi di tempat yang terbuka dan mengeluarkan kenyataan secara terbuka maka tentu cara yang terhormat ialah dengan melepaskan jawatan tanpa diminta.

“Saya tidak fikir perlu menunggu Perdana Menteri buat keputusan untuk melakukan pemecatan atau penyingkiran,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kata dua Perdana Menteri kepada jemaah menteri sekiranya mereka tidak menyokong beliau dalam isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan khabar angin yang tersebar dengan meluas bahawa beliau berhasrat untuk meletak jawatannya di dalam kabinet.

Turut menafikan akan melepaskan jawatan dalam kabinet ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Media sebelum ini melaporkan Najib memberi kata dua kepada jemaah menteri dan meminta mereka melepaskan jawatan sekiranya mereka tidak menyokong beliau berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");