Perak Hari Ini

Karnival keusahawanan PKS Perak Berlangsung 5 hingga 7 Jun 2015

IPOH: Seramai lebih 80 usahawan dijangka menyertai dan mempamerkan produk masing-masing di Karnival keusahawanan PKS dan Nur Islam peringkat negeri Perak pada 5 hingga 7 Jun ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Nizar Zakaria, karnival Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berlangsung di Mydin Meru bakal menyediakan pengiktirafan kepada peniaga kecil mempromosikan produk masing-masing.

“Karnival PKS dijalankan saban tahun peringkat Kebangsaan dan negeri bagi membantu pengusaha dan pelbagai syarikat tempatan mengetenanghkan produk mereka,” katanya.

PERAKTODAY1

Tambahnya lagi, sebanyak 18 aktiviti sepanjang bulan Mei dan Jun dirancang oleh SME Corporation Malaysia bagi membantu usahawan tersebut.

“Semua usahawan haruslah merebut peluang dengan bantuan kerajaan bagi mengetengahkan idea, penghasilan produk sehingga proses pemasarannya.

“Setakat hari ini, usahawan tempatan terdapat diserata kawasan dan semakin hari penghasilan produk juga bertambah baik,” katanya lagi.

Melalui penganjuran karnival PKS juga katanya merupakan satu medium bagi menghargai usaha para usahawan dan ianya perlu diketengahkan lagi dari semasa ke semasa.

“Dengan tema “mula berdikit, azam melangit’ memberi gambaran supaya pengusaha terus melipat gandakan usaha dan melebarkan lagi pandangan,” katanya lanjut.

Para usaha PKS juga disaran supaya menyediakan penyata kewangan dan data untung rugi perniagaan masing-masing bagi membantu dan memastikan perjalanan perniagaan lancar.

PERAKTODAY

Karnival keusahawanan PKS dan Nur Islam kali ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik buat para pengunjung seperti pameran jualan, bicara kewangan, konsert Islamik dan senamrobik minggu PKS.

Turut dijangka berlangsung, forum Perdana bertajuk ‘1 akhlak Sejuta Wajah’ dan persembahan daripada artis terkenal.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");