Sukan Hari Ini

Kemenangan bukan diatur

“Ketiadaan Thailand dalam acara regu sepak takraw bukan disebabkan ada ‘permainan’ atau diatur oleh sesiapa.

“Istaf, Astaf atau Perses tidak campur tangan dalam isu itu. Pemilihan acara adalah hak negara peserta dan tidak ada sesiapa boleh mencampuri urusan negara itu sendiri.

“Saya sebagai pengerusi jawatankuasa penganjuran sepak takraw di Sukan SEA ini menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang menyebut kemenangan Malaysia dalam acara regu adalah disebabkan ia sudah diatur,” kata Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Singapura (Perses) Datuk Abdul Halim Kader.

Malaysia muncul juara acara regu sepak takraw selepas mengalahkan Laos 2-0 kelmarin tetapi ramai yang melabel kemenangan itu sebagai tidak ‘sah’ kerana Thailand tidak mengambil bahagian.

Berdasarkan peraturan, setiap negara hanya boleh menyertai dua daripada tiga acara dipertandingkan dan syarat itu sudah diperkenalkan sejak temasya Laos 2009.

Abdul Halim yang juga Presiden Astaf serta Setiausaha Agung Istaf berkata, bukan setakat di Sukan SEA malah peraturan itu turut dikuatkuasakan di Kejohanan Dunia, Piala Raja Thai serta Sukan Asia.

“Malah, keputusan negara untuk menyertai sama ada acara berpasukan, regu serta double juga adalah rahsia negara itu sendiri.

“Jawatankuasa atau majlis Olimpik semua negara hanya akan menghantar keputusan selepas tarikh tutup. Tidak ada negara yang tahu apakah acara yang mahu disertai lawan,” katanya.

Justeru, Abdul Halim meluahkan rasa hairannya mengapa segelintir peminat sepak takraw di Malaysia enggan mengiktiraf emas dimenangi acara regu hanya kerana ketiadaan Thailand.

– www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");