Berita Hari Ini

Kerajaan nafi naikkan harga rumah PR1MA

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak pernah menaikkan harga siling bagi rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sehingga RM450,000 seperti yang didakwa sesetengah pihak, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata harga rumah berkenaan masih kekal di antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit bergantung kepada lokasi projek.

“PR1MA tidak pernah memutuskan untuk mengubah julat harga berkenaan dan akan memastikan harga rumah tidak melebihi harga maksimum dengan mengambil kira pendapatan golongan sederhana,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) yang mahu tahu rasional harga siling rumah PR1MA dinaikan kepada RM450,000 dan peratusan rumah PR1MA dalam kategori itu.

Menurut Shahidan, sebanyak 160,534 unit rumah PR1MA telah diluluskan oleh Perbadanan PR1MA Malaysia untuk dibina di seluruh negara termasuk 25,879 unit di Pulau Pinang, Sabah (12,644 unit) dan Sarawak (8,347 unit).

Menjawab soalan tambahan daripada Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mengenai keterbukaan kerajaan memberikan tanah kepada pemaju untuk
mengurangkan kos pembinaan rumah PR1MA, Shahidan berkata pihak PR1MA sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi tujuan berkenaan.

Malah katanya menerusi kerjasama dengan kerajaan negeri termasuk Perlis, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, harga rumah PRIMA di negeri berkenaan dapat
dikurangkan.

-Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");