Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Teliti Skim Pembangunan Hartanah Baru di Perak

IPOH: Kerajaan Negeri amat prihatin dalam memastikan kesejahteraan dan keamaan di kalangan rakyat dan salah satu asas ke arah itu adalah untuk melihat setiap keluarga memiliki kediaman sendiri.

Oleh sebab itu, Kerajaan Negeri Perak akan meneliti skim-skim pembangunan hartanah baru yang dilancarkan pada tahun 2014 yang berjumlah 5,709 unit.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, ia berikutan berlakunya ketidakseimbangan apabila 65.4 peratus daripada pembangunan tersebut dilihat tertumpu hanya di beberapa kawasan.

“Ia tertumpu hanya di Daerah Kinta dan Batang Padang sementara tujuh daerah lain mendapat 34.6 peratus projek baru yang dilancarkan,” beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Ekspo Hartanah (Mapex) Perak 2015 di Ipoh Parade, di sini, hari ini.

PERAK TODAY 3

Beliau yakin terdapat keperluan-keperluan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah di daerah-daerah lain yang terdapat di negeri Perak.

“Kerajaan Negeri akan meneliti keadaan ini dan seterusnya merancang pendekatan yang sesuai agar dasar kesejahteraan rakyat berhubung pemilikan rumah untuk semua kaum dan golongan dapat diadakan,” jelasnya.

Tegasnya, Kerajaan Negeri sentiasa membuat semakan supaya sistem penyampaian kerajaan akan dapat diperkukuhkan dan tidak membebankan rakyat.

Malah, tambahnya lagi, pihak kerajaan negeri sentiasa menggerakkan agensi-agensi kerajaan seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan beberapa agensi lain untuk merangsang pertumbuhan ekonomi yang menyokong sektor hartanah.

PERAK TODAY 1

Ujar beliau lagi, Kerajaan Negeri bercadang untuk menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) dalam usaha untuk menguruskan pembangunan hartanah di negeri ini.

“Kerajaan Negeri telah merangka cadangan penubuhan LPHP yang akan dianggotai oleh pihak berkuasa negeri bersama dengan wakil daripada pihak Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Redha) dan beberapa pihak lain,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri amat berterima kasih dengan inisiatif yang diambil oleh Redha dengan penganjuran Ekspo Hartanah (Mapex) yang berlangsung selama tiga hari di Ipoh Parade bermula pada hari ini.

PERAK TODAY 5

“Penganjuran ini akan membolehkan Kerajaan Negeri serta pihak pemaju swasta menilai potensi pasaran hartanah.

“Ia juga mampu menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri dalam merancang pembangunan yang menepati prinsip kebajikan untuk rakyat… sekurang-kurangnya daripada perspektif pemilikan rumah di negeri ini,” jelas beliau lagi.

Beliau berharap agar persekitaran pasaran seperti itu akan dapat diteruskan lagi dengan kerjasama daripada semua pihak.

“Ia dapat dilakukan dengan menumpukan kepada produk-produk hartanah yang dapat diterima oleh pasaran khususnya untuk pelbagai peringkat golongan berpendapatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");